Thursday 15 March 2012



norhidayati



4 Feb 2012 (9.55 p.m)

 Seribu kali pun kau menyakiti  hati aku, tak akan ada perasaan menyesal itu kau temui dalam hidup ku, kerana cinta ku pada mu terlalu besar, walau apa jua yang orang kata tentang dirimu, aku tetap hanya percaya cakapmu, aku percaya kan dirimu. Dan apabila dikau menyatakan ingin memutuskan perhubungan kita pada hari itu, aku berasa amat sakit, takut, gelisah. Aku tidak mahu kehilangan dirimu, kerana ini adalah cinta yang terakhir. Tidak akan ada lagi perasaan seperti ini jika aku kehilangan nya sekarang. Sering kali aku tertanya – tanya pada diriku sendiri, siapakah aku padamu? Tidak pentingkah diriku padamu?. Walau sikapmu yang selalu membuat aku terasa sakit, aku akan cuba untuk bertahan. Tapi sampai bila aku mampu nk bertahan seperti ini? Aku sendiri pun tidak pasti. Berkali – kali aku cuba menegur, menasihati tentang sikapmu itu, aku tidak pasti samada kau dengar atau tidak. Aku pun bukanlah lelaki yang baik. Tapi sekurang – kurangnya aku juga teringin untuk merasa perhubungan cinta ini yang berkekalan untuk selama – lamanya.
   
Bila kau lambat balas mesej aku, atau tak angkat panggilan telefon aku, hati aku mula terdetik, minda aku mulai berfikir macam – macam. Namun aku gagahkan diriku, dan cuba untuk berfikir positif. Kalau sebelum ini mungkin aku akan marah – marah kau kalau lambat balas mesej atau tak angkat panggilan aku, tapi aku cuba untuk berubah. Aku tak nak sikap panas baran aku ini buat kau terasa menjengkelkan kau. Sebab aku tahu kau tak suka bila aku marah – marah. Tapi aku juga tak suka nak marah – marah. Tapi kau sepertinya cuba juga nak membuat aku jadi seperti itu. Tapi kerana rasa sayangnya aku pada dirimu, aku cuba bertahan juga.

 Tiap saat, aku merinduimu. Senyuman mu, lirikan matamu membuat aku terbawa – bawa didalam tidur ku. 


15 – 16 Feb 2012 (6.00pm)

 11 pm (15 Feb 2012) dye kol aku, dye dpt call free sempena harijadi dye.  Kami ‘gayot’ sampai kol 11.35 pm. Dye ckp de hal. So bhenti jap ‘gayot’. Dye soh 2gu 5min. 5min kmudian aku kol dye. Tp naek waiting. 12.25 am (16 Feb 2012) dye kol blek . kami ‘gayot’ kjap. Then pas2 dye ckap nk iron bju, tp dye soh aku jgn letakan fown. Tp ttbe dye letakan fown. Ble aku kol naek waiting lagi. Berkali – kali aku kol sampai la jam 1.25 am. Dye masih lg ber ‘gayot’ dgn laki yg dye kate kawan baik, susah senang dye.
   
 Aku marah2 la, cuba tegur akan sikap dye. Aku cuba faham kan dye tentang batasan2 antara kawan dan kekasih. Sampai kan kepala aku sakit. Aku menangis merintih2 masa aku kol dye. Ini la akibat nye aku terlalu menyanyangi dye. Namun dye? Aku tak pasti.

 5.35 – 6 pm. Aku cba kol dye. Aku bru je kua hospital akibat insiden semlam. Tp apa yg aku dapat mse dye jwb fown hnye la makian dan kata – kata kasar nye?? Aduh. Kenapa? Kenapa dye mcm 2? Xbole ke dye memahami aku? Tak tahu ke dye aku neh ada ‘HATI’ dan ‘PERASAAN’. Aku bukan nye patung boneka. Aku punya seketul daging kecil yg sudah terluka lama. Namun kini ia semakin terluka dalam. Mmg kau xpnh nmpk. Tp jika hadir dikau hnya lah utk menderitakan diriku. Aku sanggup mati. Jika kau pinta aku untuk melepaskan mu. Aku lebih rela mati dr melepaskan mu. Kerana kasih ku padamu cintaku padamu, lebih dari aku menyanyangi diriku sendri.


18 Feb 2012 (2.am)
   
 Aku tak tahu la. Kenapa dye tros2 je asyik melebihkan kawan dye dari aku. Btol ke dye bergayot dengan kawan dye? Tak kan sampai tiap2 malam asyik bergayot gn kawan? Aku pun banyak gak mmbe2 pompuan. Tp xde la sampai macam itu sekali. Aku dah bagi banyak peluang dan kebebasan kat dye. Tapi seperti nya dye tak menghargai nya. Aku sedih. Aku tak tahu la nak kata apa lagi. Dari pukul 12 a.m tadi aku kol dye sampai  jam dh menunjukkan pukul 2, tapi tiap kali aku kol naek waiting.

 Lama nya dye bergayot dengan kawan dye. Tak sedar ke aku kol2 dye. Tadi dalam pukul 12 lebih aku kol num maxis dye, dapat tapi xdijawab, then aku kol lagi terus tak dapat. Menanda kan dye off kan fown dye. Asal dye buat aku macam neh? Penting sangat ke membe dye 2? Btol ke dye gayot dengan membe dye?

 Aku kol lagi. Tapi tetap jugak naek waiting. Ble la dye nak berhenti gayot neh? Dye cakap nk gayot gan aku lepas makan tadi. Tp sampai skunk dye xkol2….aku tunggu panggilan dye dari pukul `10 pm (17 Feb 2012). Hum ape la nasib aku macam neh ye.


19 Feb 2012 (12.38am)
   
  Terjadi lagi pergaduhan antara aku dan dia. Kali neh pergaduhan antara berlanjutan terlalu lama. Aku tidak tahu punca semua ini berlaku. Dia semakin banyak berubah. Dia kata padaku bahawa tiada masalah tentang orang ketiga dalam hal pergaduhan kami. Selepas beberapa kali aku mendesak, akhirnya dia mengatakan bahawa, sikap aku yang terlalu menyanyangi dia membuatkan dia berasa takut, dan dia mengangap aku neh gila?

 Wow, tidak aku sangka. Hanya kerana perasaan aku yang begitu menyanyangi dia sehingga dia sanggup mengeluarkan kata – kata yang macam itu. Aku sedih dan aku tak dapat lagi untuk menahan air mata ini. Aku buntu. Aku mati akal. Aku tak tahu lagi mau buat apa lagi. Dalam fikiran aku hanya bermain kenangan – kenangan terindah bersama.
  
 Aku cuma nak dia faham. Aku tak nak diri aku jadi seperti dulu. Aku tak nak menyakiti dia. Sebub aku sayang dan cinta kan dia. Tapi dia anggap perasaan aku neh gila, dan dia kata aku terlalu banyak tengok novel dan terlalu fanatik dengan perempuan.
  

07.March.2012 (8.44p.m)

 Walaupun kau tiada di saat aku memerlukan dirimu, tapi kenapa aku masih mahu terus disampingmu? Kau tidak tahu betapa aku amat memerlu kan dirimu. Walaupun kau tidak pernah mengingati aku walau sedetik pun. Tapi kenapa aku masih terus bersamamu? Aku tahu, pada pandangan matamu aku tidak lebih seperti kawan – kawan mu yang lain. Tapi aku juga punya perasaan, apakah kau tidak melihatnya? Walaupun selalu kau menyakiti aku, aku tidak pernah sekali pun membenci dirimu. Betapa kuatnya perasaan ku padamu. Cubalah untuk kau salami perasaan ku ini. Aku tidak kuat untuk menghadapi cabaran – cabaran yang akan mendatang.

 Walaupun kini hanya aku seorang yang mencintai dan menyanyangi mu, aku tidak akan mengalah untuk cuba membuka pintu hati mu. Walaupun berkali hati aku terluka kerana dirimu. “Bila menatap matamu, Sadarku bahwa engkau bukan milikku, Aku sakit, Bila ku mengagumimu, Sadarku kau tak pernah mengagumi ku, Bangunkan aku dari tidur panjangku, Sadarkan aku dari mimpi tentangmu, Ku salah bila ku berharap padamu, Salah ku paksa kau tuk mengagumi ku, Kau tak tau perasaan ku, Dan ku tak mau kau tau, Aku sakit, Jika kau tau hatiku, Karna diriku tak berarti bagimu, Aku sakit, Bilakah kau sembuhkan aku, Tak mungkin, tak mungkin sungguh tidak mungkin”.


15.March.2012 (10.02a.m)
   
Aku benci tarikh ini. Kerana kau tinggal kan aku. Kau tinggal kan tanpa ada pertimbangan.  Aku bukan lelaki yang baik. Tapi aku hanya insan yang hanya penuh rasa cinta yang besar kepada kau. Aku Cuma mahu kan perhatian dari diri mu.
   
Jika kau membaca coretan diari aku ini. Aku sudah tiada lagi. Aku sudah mati. Aku sudah benci kepada cinta. Aku benci kau. Tapi bole ke aku buat macam itu? Hakikat nya. Tidak!! Aku tak boleh. Aku xboleh membenci cinta dan tak boleh membenci dirimu yang begitu bermakna dalam diriku.
   
Cubalah kau fahami diriku ini. Aku hanya pinta kau memberi aku peluang sekali lagi agar kau dapat mempertimbang keputusan yang kau telah buat malam tadi(11.52p.m 14.March.2012). aku sudah tidak kuat menanggung derita sakit di hati aku ini atie.

  Ini coretan diari aku yang terakhir untuk mu atie. Hanya untuk dirimu yang aku cintai. Ingat la atie. Biar berapa lama pun atie hidup di dunia ini. Nas pasti atie tidak akan dapat berjumpa atau temui cinta yang sejati. Kerana cinta yang sejati itu datang hanya sekali dalam seumur hidup. Disaat atie membaca diari ini. Nas tidak akan ada lagi. Nas telah pergi jauh.

 Atie telah pun cakap membenci kan nas. Telah pun hancur kan nas. Tapi biarkan lah nas pergi dengan sedikit kenangan manis diantara kita. Nas amat mencintai atie. Tumpah nye air mata nas. Tumpah la cinta nas. Gugur la perasaan nas. Gugur lah cinta kita.

 Cinta itu dusta. Tiada istilah cinta dalam dunia neh. Yang hanya ada ialah luka, disakiti dan dikhianati. Atie la perempuan yang nas betul – betul nas terasa sakit sangat. Nas tidak akan menyesal selama kita bersama. Tapi nas menyesal kerana atie tidak sedikit pun menoleh kepada nas.
   
  Malah atie hanya campak nas jauh ke dalam curam. Hingga nas terdampar ke dasar kegelapan keseorangan. Tanpa ada tali tanpa ada cahaya. Untuk apa lagi nas terus kan hidup jika begini. Memang mudah ati cakap untuk nas cari yang lain. Tapi hakikat nya, semua yang pernah nas bersama, semua nya pasti akan berakhir begini.
   
  Seperti apa yang pernah nas cakap, nas tak sanggup lagi hidup dalam keadaan begini. Nas….nas dah tak sanggup lagi nak hidup macam nie atie…..assalammualaikum